TUGASAN RESENSI BUKU MULTIMEDIA DALAM BAHASA

 RUJUKAN 

Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia. 


Assalamualaikum semua. Pada minggu ini, Prof Normaliza memberi tugasan untuk dibentangkan pada minggu 14. Ini adalah tugasan terakhir kami sebelum menduduki peperiksaan akhir pada semester ini. 

Tugasannya adalah kami perlu membuat resensi bagi buku Multimedia dalam Bahasa yang ditulis oleh Prof sendiri. 

Setiap bab perlu diagihkan sama rata supaya tidak ada yang membentangkan terlalu banyak atau sedikit. Setiap kumpulan diberi masa sebanyak 30 minit untuk membentangkan 1 buku tersebut. Kumpulan kami iaitu SaPe Production menjadi pembentang pertama lagi untuk membentangkan tugasan akhir ini. 



KEHADIRAN HAMIDAH BINTI JAMALUDIN

MINGGU 12 (15/6/2022) 

TUGASAN PODCAST

 RUJUKAN 

Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia. 


Assalamualaikum semua. Pada minggu 12 ini, semakin dekat menuju peperiksaan akhir bagi semester ini. Tugasan keluar "shooting" dah habis dan kami diberi tugasan yang lain pula iaitu PODCAST. 

Setiap individu perlu mencari tajuk podcast Melayu dan tidak boleh sama dengan kumpulan yang lain. Kami perlu merumuskan apa yang terkandung dalam podcast yang kami pilih itu untuk dibentangkan semasa kelas pada minggu 13 secara berkumpulan. Turutan giliran pembentangan adalah bermula dari kumpulan SaPe Production dan berakhir dengan VA Production. 

Jadi, kumpulan kami adalah kumpulan pertama dan diberi masa 7 minit seorang untuk membentangkan hasil podcast kami tersebut. 


KEHADIRAN (HAMIDAH BINTI JAMALUDIN)


Minggu 12 (15/6/2022)