KETIKA DAN KALIMAT

Assalamualaikum semua. Hari ini adalah hari jumaat tanggal 1 Julai 2022 adalah kelas terakhir bagi subjek Multimedia dalam Bahasa. Harini kami menyaksikan sedikit pembentangan untuk resensi buku yang tidak habis pada hari Rabu lepas dan pada akhir waktu Prof Normaliza memberikan sedikit tips peperiksaan. 

Secara jujurnya, kelas ini adalah lebih kepada praktikal di mana kami mengaplikasikan setiap apa yang kami pelajari dan post di dalam blog masing-masing. Walaupun sibuk dengan tugasan lain, aku tetap memberikan yang terbaik untuk menyiapkan semua tugasan yang diberikan oleh Prof.

 Daripada tugasan yang diberikan ini sedikit sebanyak merapatkan hubungan aku dengan ahli kumpulan yang lain kerana kami bekerjasama , bertungkus lumus menyiapkan tugasan. Apa yang aku pelajari daripada kelas ini adalah, "kesibukan yang mencipta memori". Mungkin asbab kesibukan menyiapkan tugasan yang diberikan oleh Prof ini telah mencipta memori aku dengan ahli kumpulan SaPe Production. Walaupun kami telah kenal lama antara satu sama lain, tapi memori itu sangat sedikit. 

Selepas aku fikir-fikir balik, mungkin waktu mula-mula dulu aku banyak mengeluh sebab tak ada kepakaran untuk ambil gambar tapi bila di akhir-akhir ni aku fikir balik, senyum seorang diri pula. Lucu pula bila difikirkan kesusahan waktu mula-mula dulu. Betul orang cakap, kadang apa yang kita tak suka tu lah terbaik untuk kita. Kelas ni banyak ajar aku cara mengambil gambar dan video sebagainya, banyak ajar aku untuk bercakap depan kamera. Bukan setakat bercakap, berlakon depan kamera pun ada tau. Haihla ๐Ÿ˜‚Banyak betul memorinya kadang sampai penuh telefon dengan gambar dan video. 

Apa yang paling tak boleh lupa, kami sekumpulan shooting panas terik di Bukit Ekspo. Singgah dahulu di Putra Food Court (PFC) untuk beli sarapan pagi ๐Ÿ˜‚ Makan itu penting sebelum mulakan kerja. 

Kebanyakkan video kami mula-mula dahulu adalah di Bukit Ekspo sebab nak elak dari ramai orang. Malu sebenarnya. HEHE tapi sekarang malu juga cuma sedikit saja lah. Banyak lagi sebenarnya nak di tulis. 


Cuma ungkapan terakhir adalah terima kasih Prof Normaliza, terima kasih SaPe Production dan terima kasih classmate ku ๐Ÿ’“ Semoga di beri peluang berjumpa dengan Prof depan-depan. 


Coretan ~ 

Hamidah yang berimaginasi 


KEHADIRAN HAMIDAH BINTI JAMALUDIN 

MINGGU 14 AMALI (1/7/2022)