PENGENALAN DIRI

 



Gambar raya tahun 2021


| Diri Saya |

Assalamualaikum dan hai semua.

Perkenalkan diri saya Hamidah Jamaludin, seorang mahasiswa di salah sebuah universiti terkemuka di Malaysia. hehehe. Saya nak bercerita sedikit perihal diri saya. Harap sudi membaca πŸ˜Š

Saya berasal dari negeri yang menggunakan kod 13 iaitu Sarawak. Tahun ini genaplah umur saya 22 tahun. Pejam celik cepat betul masa berlalu. Bak kata Premier Sarawak, “sik berasaaaa”.

Merupakan anak bongsu daripada 7 orang adik beradik.  Mula mendapat pendidikan awal di Pra SK Tambirat, kemudian melanjutkan pelajaran di SMK Hajjah Laila Taib untuk tingkatan 1-5 dan menyambung tingkatan 6 di SMK Asajaya.

Kini, saya berjaya menjadi salah seorang mahasiswa di universiti yang terkemuka di Malaysia, iaitu Universiti Putra Malaysia. Sekarang, saya sudah tahun 2 di UPM untuk Bacelor Linguistik Melayu dengan kepujian. Suatu ketika dahulu, waktu tingkatan 6 saya pernah memberitahu kawan saya yang saya tidak mahu mengambil kos yang berkaitan Bahasa Melayu untuk degree kerana waktu STPM kos yang saya ambil adalah ekonomi/pengajian perniagaan. Semasa semester 1 STPM, saya tidak dapat A untuk subjek BM menyebabkan saya rasa “susahnyaa BM, taknak la ambik BM waktu degree ni, nak sambung ekonomi je”. Ehh tuptup dapat kos linguistik Melayu pula sebab dalam tempoh mohon UPU tu saya rasa sedikit keliru nak ambil kos BM atau ekonomi. Akhirnya, dalam permohonon UPU, kebanyakan kos yang  saya mohon adalah BM kerana ikut naluri hati. Betul orang cakap, barangkali yang kita tak suka adalah terbaik untuk kita. Sekarang ni, saya sangat suka dan minat dengan kos yang saya ambil dan tak pernah rasa menyesal. Alhamdulillah. 

Kemudian, alasan saya pilih UPM kerana luar dari negeri kelahiran saya dan sesekali nak merasa keluar dari zon selesa iaitu bawah jagaan ibu bapa. Orang cakap, zaman belajar adalah zaman kita boleh merantau tanpa had waktu. Walaupun berat nak berjauhan dengan keluarga tapi pengalaman yang kita peroleh itu sebenarnya mahal dan tak akan berulang.

Kalau nak cerita pasal hobi pula, saya suka menonton drama korea dan membaca novel. Tapi itu dulu lah, sekarang ini saya lebih banyak membaca bahan ilmiah sebab kos yang saya ambil perlu banyak membaca πŸ˜‚ 

 

Menikmati aiskrim gula apong di negeri kelahiranku πŸ’•



Gambar pertama yang di ambil apabila masuk UPM 
selepas 2 semestar odl :(




Coretan, 

Hamidah yang berimaginasi.