RUJUKAN: INTERNET |
Foto ini mudah untuk difahami kerana
memaparkan pemandangan jalan raya pada waktu senja. Hal ini kerana, dengan
kombinasi warna oren, merah dan ungu pada langit jelas menunjukkan suasana pada
senja hari. Dengan titisan hujan di cermin kereta dan jalan raya menunjukkan
jalan tersebut baru mengalami hujan. Keadaan kereta yang berbaris jelas
menunjukkan foto tersebut di jalan raya.
2. WARNA
RUJUKAN: INTERNET |
TEMA: ALAM
SEKITAR
HURAIAN:
Foto di atas mempunyai gabungan warna yang sangat harmoni dan tidak melebihi
daripada tiga warna. Foto tersebut menunjukkan pemandangan di sebuah lorong
jalan yang pokok sekitarnya mengalami musim luruh. Dedaun pokok mula berubah
warna menjadi kejinggan, kekuningan dan kemerahan kerana kandungan klorofil
yang semakin berkurang seiring dengan suhu sekitar. Jelasnya, musim ini
merupakan salah satu daripada empat musim di kawasan yang beriklim sederhana.
RUJUKAN: SENDIRI |
TEMA:
ALAM SEKITAR
HURAIAN:
Kombinasi
warna antara tasik dan pokok yang berwarna hijau menyerlahkan suasana alam
semula jadi tasik tersebut. Selain itu, awan yang kebiruan menambahkan lagi
ciri semula jadi. Walaupun terdapat warna lain di dalam foto tersebut untuk
perkataan TASIK BIRU tersebut, ianya tidak mengelirukan fokus foto untuk
menunjukkan pemandangan tasik tersebut.
3. TEKS
RUJUKAN: INTERNET |
https://www.2cents.my/wp-content/uploads/2021/01/pepsi.png
HURAIAN:
Foto
di atas menunjukkan pengiklanan minuman jenama Pepsi. Penggunaan teks dalam foto
tersebut adalah penting untuk memberitahu pembeli kelebihan yang ada pada
minuman tersebut. Penggunaan jenis dan saiz font juga sesuai dengan saiz tin
serta botol minuman tersebut. Penggunaan warna putih bagi font juga sesuai
dengan latar belakang berwarna hitam.
RUJUKAN: SENDIRI |
TEMA:
LAPANGAN TERBANG
HURAIAN:
Foto
ini menepati elemen teks dalam asas grafik. Penggunaan saiz tulisan bagi
Perlepasan dalam Negeri yang lebih besar daripada perkataan Domestic Departures
sangat sesuai. Hal ini penting untuk membezakan perkataan tersebut yang
menggunakan dua bahasa yang berbeza. Di samping itu, terdapat banting yang
disediakan untuk memberikan panduan kepada pengunjung.
4. KESESUAIAN
![]() |
RUJUKAN: INTERNET |
https://muslimobsession.com/wp-content/uploads/2018/09/unta.jpg
HURAIAN:
Foto di atas menunjukkan seekor unta di padang pasir. Lazimnya, unta merupakan mamalia
yang sudah menjadi ikon penting bagi masyarakat Arab yang tinggal di padang
pasir. Hal ini kerana unta digunakan sebagai pengangkutan masyarakat Arab suatu
ketika dahulu untuk mengangkat barang-barang yang berat. Maka, unta sebagai
objek dalam foto tersebut adalah sangat sesuai digambarkan di padang pasir
kerana sinonim dengan masyarakat Arab.
RUJUKAN: SENDIRI |
HURAIAN:
Foto
ini menunjukkan keadaan restoren dan kedai makanan serta minuman di dalam pusat
beli belah. Di sebelah kiri menunjukkan restoran yang menawarkan pelanggan
untuk makan di sana. Sebelah kanan pula menunjukkan kedai yang menjual makanan
ringan dan air untuk di bawa pulang. Pemandangan ini sesuai kerana menunjukkan
suasana kedai-kedai di dalam pusat beli belah.
5. KESEIMBANGAN
RUJUKAN: INTERNET |
HURAIAN:
Keseimbangan foto di atas dapat dilihat dari atas dan bawah gambar. Di ruang atas menunjukkan kumpulan awan dan matahari terbenam. Manakala, pada ruang bawah menunjukkan pantai dengan kesan pantulan cahaya matahari terbenam. Oleh itu, keseimbangan atas dan bawah adalah sangat baik kerana ruang yang sama luas.
RUJUKAN: SENDIRI |
TEMA:
PEMANDANGAN
HURAIAN:
Foto
yang diambil seimbang kerana menampakkan semua pemandangan disekeliling. Ruang
atas menunjukkan kumpulan awan dan pokok yang tinggi manakala ruang bawah
menunjukkan jambatan. Ruang kiri menunjukkan pokok-pokok yang kehijauan
manakala ruang kanan menunjukkan bangunan-bangunan. Kedua-dua ruang atas bawah
dan kiri kanan menunjukkan ia diambil sama luas.
![]() |
Link: https://youtu.be/qemWlSsvdyQ
Kumpulan 4 - SaPe PRODUCTION
1. MOHAMMAD ILMAN WAFEY BIN MAT DIN (205498)
2. SHARIFAH HANNAH ADIBAH BINTI WAN SERAIL (205518)
3. LAW XIAO PEI (205722)
4. NUR SYAQIRAH BINTI MOHAMAD AZEMI (206297)
5. NUR ZULAIKA BINTI MAT (206362)
6. NUR ZANARIAH BINTI MADIHI (206379)
7. ONG XIAO HUI (206517)
8. HAMIDAH BINTI JAMALUDIN (206622)
9. NURUL NAJWA BINTI MD NIZAM (206640)
10. MARIANA BINTI JAMALUDDIN (206961)
11. MUHAMMAD FARID BIN AB RAHIM (207119) KETUA
![]() |
MINGGU 2 (30/3/2022) |