KETIKA DAN KALIMAT

Assalamualaikum semua. Hari ini adalah hari jumaat tanggal 1 Julai 2022 adalah kelas terakhir bagi subjek Multimedia dalam Bahasa. Harini kami menyaksikan sedikit pembentangan untuk resensi buku yang tidak habis pada hari Rabu lepas dan pada akhir waktu Prof Normaliza memberikan sedikit tips peperiksaan. 

Secara jujurnya, kelas ini adalah lebih kepada praktikal di mana kami mengaplikasikan setiap apa yang kami pelajari dan post di dalam blog masing-masing. Walaupun sibuk dengan tugasan lain, aku tetap memberikan yang terbaik untuk menyiapkan semua tugasan yang diberikan oleh Prof.

 Daripada tugasan yang diberikan ini sedikit sebanyak merapatkan hubungan aku dengan ahli kumpulan yang lain kerana kami bekerjasama , bertungkus lumus menyiapkan tugasan. Apa yang aku pelajari daripada kelas ini adalah, "kesibukan yang mencipta memori". Mungkin asbab kesibukan menyiapkan tugasan yang diberikan oleh Prof ini telah mencipta memori aku dengan ahli kumpulan SaPe Production. Walaupun kami telah kenal lama antara satu sama lain, tapi memori itu sangat sedikit. 

Selepas aku fikir-fikir balik, mungkin waktu mula-mula dulu aku banyak mengeluh sebab tak ada kepakaran untuk ambil gambar tapi bila di akhir-akhir ni aku fikir balik, senyum seorang diri pula. Lucu pula bila difikirkan kesusahan waktu mula-mula dulu. Betul orang cakap, kadang apa yang kita tak suka tu lah terbaik untuk kita. Kelas ni banyak ajar aku cara mengambil gambar dan video sebagainya, banyak ajar aku untuk bercakap depan kamera. Bukan setakat bercakap, berlakon depan kamera pun ada tau. Haihla ๐Ÿ˜‚Banyak betul memorinya kadang sampai penuh telefon dengan gambar dan video. 

Apa yang paling tak boleh lupa, kami sekumpulan shooting panas terik di Bukit Ekspo. Singgah dahulu di Putra Food Court (PFC) untuk beli sarapan pagi ๐Ÿ˜‚ Makan itu penting sebelum mulakan kerja. 

Kebanyakkan video kami mula-mula dahulu adalah di Bukit Ekspo sebab nak elak dari ramai orang. Malu sebenarnya. HEHE tapi sekarang malu juga cuma sedikit saja lah. Banyak lagi sebenarnya nak di tulis. 


Cuma ungkapan terakhir adalah terima kasih Prof Normaliza, terima kasih SaPe Production dan terima kasih classmate ku ๐Ÿ’“ Semoga di beri peluang berjumpa dengan Prof depan-depan. 


Coretan ~ 

Hamidah yang berimaginasi 


KEHADIRAN HAMIDAH BINTI JAMALUDIN 

MINGGU 14 AMALI (1/7/2022) 

KEHADIRAN MINGGU 14

HAMIDAH BINTI JAMALUDIN (206622)


MINGGU 14 (29/6/2022)


MINGGU 14 AMALI (1/7/2022)


BBM3410-2022- RESENSI BUKU MULTIMEDIA DALAM BAHASA

RUJUKAN 

Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia. 


Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Hari ini, aku nak post berkaitan dengan resensi buku daripada kumpulan SaPe Production. 

Kami telah diberi tugasan oleh Prof Normaliza untuk membuat resensi buku Multimedia dalam Bahasa dan dibentangkan semasa dalam kelas. Kami diberi 30 minit untuk membentangkan semua bab dalam buku tersebut. 

Dalam buku tersebut mempunyai 7 bab. Jadi, kami membahagikan setiap bab dengan adil mengikut bilangan ahli dalam kumpulan kami. 

Ini adalah tugasan terakhir sebelum kami menghadapi peperiksaan akhir. Kami sudah mencuba sedaya upaya untuk membentangkan kerja akhir kami dan ini adalah hasilanya. 

Terima kasih, Sape Production dan Prof Normaliza. 


Berikut merupakan link slide untuk pembentangan kumpulan kami. 

https://www.canva.com/design/DAFD8MRKuqo/WH1oolsTxsFhBv-fGgwAbg/view?utm_content=DAFD8MRKuqo&utm_campaign=designshare&utm_medium=link2&utm_source=sharebutton


Pembentangan bahagian saya sendiri :) 









KEHADIRAN HAMIDAH BINTI JAMALUDIN 

MINGGU 14 (29/6/2022)






BBM3410-2022-ASAS VIDEOGRAFI VIDEO PODCAST

RUJUKAN 

Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia. 


Podcast.

Assalamualaikum semua. Adakah kamu semua tahu apa itu podcast? Podcast adalah sebuah digital audio yang dihasilkan dalam bentuk rakaman. Podcast boleh didapati dalam bentuk perbincangan, ulasan, audio, musik dan banyak lagi. Sejujurnya ini pertama kali saya mendengar dan meneliti podcast dengan lebih lanjut. 

Pada minggu ini, prof telah memberikan kerja kepada kami untuk mencari podcast pilihan untuk dibentangkan dalam kelas pada minggu 13. Jadi, saya telah memilih podcast daripada satu akaun di youtube iaitu Sterk Production. 

Berikut merupakan slide pembentangan podcast daripada saya. 






https://www.canva.com/design/DAFDqdr0Zi8/5UlQGrIv1Aohp5fjTVY1Tw/view?utm_content=DAFDqdr0Zi8&utm_campaign=designshare&utm_medium=link2&utm_source=sharebutton





KEHADIRAN HAMIDAH BINTI JAMALUDIN


MINGGU 13 (22/6/2022) 


MINGGU 13 AMALI (24/6/2022)





KEHADIRAN MINGGU 13

 HAMIDAH BINTI JAMALUDIN (206622)



MINGGU 13 (22/6/2022)


MINGGU 13 AMALI (24/6/2022)






TUGASAN RESENSI BUKU MULTIMEDIA DALAM BAHASA

 RUJUKAN 

Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia. 


Assalamualaikum semua. Pada minggu ini, Prof Normaliza memberi tugasan untuk dibentangkan pada minggu 14. Ini adalah tugasan terakhir kami sebelum menduduki peperiksaan akhir pada semester ini. 

Tugasannya adalah kami perlu membuat resensi bagi buku Multimedia dalam Bahasa yang ditulis oleh Prof sendiri. 

Setiap bab perlu diagihkan sama rata supaya tidak ada yang membentangkan terlalu banyak atau sedikit. Setiap kumpulan diberi masa sebanyak 30 minit untuk membentangkan 1 buku tersebut. Kumpulan kami iaitu SaPe Production menjadi pembentang pertama lagi untuk membentangkan tugasan akhir ini. 



KEHADIRAN HAMIDAH BINTI JAMALUDIN

MINGGU 12 (15/6/2022) 

TUGASAN PODCAST

 RUJUKAN 

Normaliza Abd Rahim. (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia. 


Assalamualaikum semua. Pada minggu 12 ini, semakin dekat menuju peperiksaan akhir bagi semester ini. Tugasan keluar "shooting" dah habis dan kami diberi tugasan yang lain pula iaitu PODCAST. 

Setiap individu perlu mencari tajuk podcast Melayu dan tidak boleh sama dengan kumpulan yang lain. Kami perlu merumuskan apa yang terkandung dalam podcast yang kami pilih itu untuk dibentangkan semasa kelas pada minggu 13 secara berkumpulan. Turutan giliran pembentangan adalah bermula dari kumpulan SaPe Production dan berakhir dengan VA Production. 

Jadi, kumpulan kami adalah kumpulan pertama dan diberi masa 7 minit seorang untuk membentangkan hasil podcast kami tersebut. 


KEHADIRAN (HAMIDAH BINTI JAMALUDIN)


Minggu 12 (15/6/2022)